Arini aku ke puspakom sebab roadtax mati lebih setahun. Aku asik extend sampai lupa yang dah lebih setahun plus aku memang xtaw yang kalau lebih setahun mesti kene hantar puspakom dan aku xleh simply renew roadtax.
Memula dapat taw dari sepupu aku yang kene kes macam ni, which is kete family die lebih bertahun2. Siap kene g ketuk body la, cat baru la, baiki itu ini sampai beribu2. Aku dah naik cuak. Aku try test nak taw betol ke akan jadi macam tu, degil kan, sebab xleh terima kenyataan. So aku g beli insurans, tup2 dapat call, igt happy la soh g amik semua tu sebab dah bayar tadi, budak tu cakap insurans memang la dapat, tapi roadtax akak sngkut sb lebih setahun. Lahai! bala bala!!
Maka bermula la macam biasa proses "googling" aku untuk settle hal ni.
Lama jugak aku study, membawak dari blog ke article ke fb ke website ke thread, mcm2. Baca jugak pengalaman orang yang dorang share kat blog. Ada yang experienced x lulus. Maka ongkos pon bertambah. Ada yang dah sampai gate Puspakom dah, tup2 di'approach' runner, di offer macam2. Ni kisah sorang akak who is a female macam aku yang tegar nak g buat sendiri tanpa pertolongan lelaki. Dan end up akak ni bayar rm150 which aku baca kalau kete kene dalam rm30 lebih je.
Aku baca jela, dalam hati pikir susah jugak rupanya hal2 macam ni. Dah start la datang penyesalan dan perkataan "kalaulah aku taw macam ni" .Masalahnye dah masalah. Xyah fokus masalah, fokus cari solution jela, joyah oii!!
Dari aku google, dapat yang entah macam2 ni baik aku tanya sendiri Puspakom. Mula call no yang kat dalam website, x berangkat, bz line. Esok call pon sama. Hampeh la sistem dorang. Try plak tanya kat Fb alhamdulillah ada jawapan.
Soalan pertama aku pasal cermin sebab aku ada baca cermin xleh pecah. Tanya lagi untuk kepastian, jawapannya tidak boleh pecah lebih dari 6 inch. Kalau ikotkan cermin depan aku dah pecah, xyah amik pembaris ukur pon dah taw lebih sgt. ( nanti di entry lain aku update pengalaman menukar cermin kereta)
Soalan seterusnya apa yang akan diperiksa nanti. Untuk yang lebih setahun mati roadtax, kene buat special checkup, B2. Apa yang dia tengok :
1) Nombor chasis
2) Nombor Enjin
3) Cermin gelap
4) Bahagian atas dan bawah kenderaan
5) Brek
6) Suspensi
Step by step aku buat, mula dengan gi hanguskan duit tukar cermin, then pegi pulak workshop untuk cek brek dan suspension. Berejam untuk settle seme ni termasuk tukar tayar. Apa2 jela janji x fail.
Cerita x abis lagi, dalam berbalas message tu aku tanya apa perlu saya bawak nanti. Walaupun aku dah taw sikit sbyk tapi masih nak konfem. Katanya kene bawak Geran original. Yang aku baca kat blog orang siap list copy IC, Geran copy.. Tapi yang Puspakom sendiri jawab bawak Geran Ori sahaja. (Ni kalau kes owner sendiri datang, kalau x kene ade surat wakil bagai).
Aku hanya ada copy, yang ori kat bank. Search lagi perlu ke Ori sebab leceh kene balik Kelantan untuk amik Geran kat bank. So tgu lagi raya haji baru balik. Huhhh.. Panjang cerita la mende ni.. Alhamdulillah kacang je, p bank sambil2 bayar kete, naik atas xtgu lama, teros dapat. Aku suka sebab Affin sangat la xramai orang. Balik dgn hepi. Dalam hati, dah ni kira final dah, balik nanti settle la hal Puspakom nanti.
Balik before pegi Puspakom aku ada baca, kene book dulu, so aku try call, dah konfem2 xdpt. Aku emel, emel reject, dah satu hal pulak , dah kenapa. Memang hampeh dorang buat keje. Ke selama ni aku sorang je dalam Malaysia ni kene mende ni? Aku tanya awat email address not identified? Rupanya apa yang kat website tu salah. Allahu! Abis selama ni macamana? Selamaaa Niiii!! naik geram aku. xpe sabar, jawab elok2. Yang kat website tulis dp.booking@puspakom.com.my . Rupenye correction tertinggal "e" je pon.
Yang sebenarnya dp.ebooking. Sabar jela!!! Caranya download link excel, isi hari dan masa dan pusat mana kita nak g. Macam aku yang terdekat sama ada Shah Alam or Bangi. Aku letak je dua2 dan aku nak slot pagi.
Petang die reply, kul4 hari isnin kat Bangi. Ok dah set. Malas nak bersoal jawab dah. Mula2 pikir gak, nak try servis bergerak tu bayar RM100 upah so called Perkhidmatan PMI. Puspakom sendiri datang tempat kita, xyah susah2 kita keluar, menunggu dan result teros dapat onthespot. Tapi dah 2x tanya jawapannya sama, masalah sistem teknikal. Aku dah leh agak dah, kalau nko call die x angkat, seolah sorang je jaga phone tu, pastu emel die letak dalam website pon x double check, apa sangat la kalau kita pikir truck bergerak die beli 1 je untuk seluruh Malaysia ni. Haha!! jahat x aku. Takdela, aku sebenarnya bersyukur, atleast duit aku x melayang RM100 tu n aku leh experienced sendiri apa prosesnya checking kat Puspakom ni.
Pasal link yang die bagi silap tu aku soh die betulkan di website dorang supaya tidak la ramai orang yang terkena hal yang sama. Dia dok mintak link, aku bagi copy email yang kene reject tu la, anta ikot 'Word Doc'.
Maka hari ditunggu2, diperam2 pon tiba. Lama kot aku tunggu nak settle mende ni. At last, aku bersiap awal. Bajet xnak la sampai kul4, kene la sampai awal sejam. Memang tu style aku, by luck mana taw dapat masuk queue tros sebab xtaw procedure.
Rupanya FYI, cawangan Bangi ni sangat la kecik. Igt kan besar macam Shah Alam dan Padang Jawa. Tengok dalam gambar google memang nampak kecik besar workshop je pon. Orang masa tu x ramai, x panas sebab mendung nak hujan.
Proses takes time juz a few minute. Aku x sempat nak buat apa, die dah soh masuk dalam. Kete ada la dalam 10 bijik tapi cepat. Aku bawak sepupu, soh die g tanya, die bawak borang soh isi. Borang macam dalam gambar ni. Nko isi jela atas dan bahagian bawah, siap address, sign semua.
Then, lepas masuk area seperti dalam gambar ni ..
aku disuruh bukak bonet, matikan enjin. Memang xde org explain sebab kat situ ramai laki yang settlekan hal2 ni, dan nampak macam orang2 ni dah biasa dgn proses2 tu seme, dlm otak aku, ni kot runner2 yang dimaksudkan.
Dan sebelum masuk tadi ade sorang apek dok koyak tinted tingkap die. Beria dia koyak, aku masa tu lapar, dok layan bihun n teh tarik panas dalam kete sambil tgk kesungguhan apek tu mengoyak tinted. Aku pikir apehal? x tebal pon, membazir je nanti kene buat baru, lahaii. aku xtakot sebab kete aku x tebal dan windscreen time buat memang x pasang tinted.
Aku xtaw, maka bertanya la kat brader pakai baju puspakom yang sibok dok buat keje tu. Kat sini semua muka baik2. Die soh g buat bayaran. Jgn risau kat sini cari je bilik , signboard tulis besar kat situ kaunter bayaran. queue la sekejap, akak yang entertain aku tu pon sangat la ramah dan mesra orangnya. Aku dgn suara ceria ucap terima kasih tanda berpuas hati, haha. Masa ni die bagi resit, die kata letak geran, resit n surat tu kat dashboard (semua dia kepil sekali) which is lepas tu, orang die amik utk tick masa pemeriksaan. Resit jela kita pegang. Dan IC semua xperlu pon.
Aku tanya lagi lepas bayar buat apa kat brader lain pulak. Die soh tgu di bilik menunggu, x sempat panas buntut dah dipanggilnya soh gerak. Bawak kete kedepan sikit masuk area yang ade pit. Kejap je die kata "dah". Aku menjerit la, nak pi mana, dah settle ke? Brader tu tunjuk isyarat dah, lepas tu aku lalu lagi, igt nak kene masuk line yang sebelah, tanya polis yang muka masam tu, die bagi isyarat jgk , dah! Serius x percaya senang giler. x amik masa lama yang buat aku xpercaya tuh, sebab aku baca orang kata berejam tgu dalam kete.
Pastu juz tgu result xsampai 10 minit dapat. Pegi je kat kaunter result tu bawak resit macam gambar diatas. Nanti die akan serahkan geran, dan result seperti dalam gambar di bawah.
Tertera perkataan LULUS itu je aku nak taw. Dan perasaan die macam baru lepas amik lesen. hahahhhh!!
Happy ada, amaze ada, seronok gler sebab apa yang orang cakap macam2 tu xberlaku. Plus paling aku happy aku juz kene bayar rm26.50, xsampai pon rm30. Alhamdulillah ya Allah. Tamat la segala penantian untuk aku renew roadtax yang dah reput dan nak tercabut tu (dah nak masuk 2 tahun kiranya aku gerak ke mana2 x ber "itu".
Dan masa datang ada orang kata kene apply surat izin dari JPJ blh bwk kete untuk sehari (apa mende aku lupa nama die). Tapi aku gamble sebab dah dekat 2 tahun aku pakai kete yang tak ber " " kemana2. Allah je tahu.
Balik dgn hepi jam 4 lebih. Tq Allah > _ <