Tuesday, September 12, 2017

TUKAR WINDSCREEN @ CERMIN KERETA

Disebabkan aku dah janji nak sambung cerita pasal tukar cermin. Maka, jom la kita sambung .....

Aku at first survey jugak la melalui pembacaan berapa rate yang biasa kene. Tapi kebanyakan tahun 2013, 2014.. dah bertahun lama. It means rate mesti la berubah dah makin tgi. Xdenya dunia sekarang makin rendah, even selipar jepun pon naik harga, inikan pulak cermin kete.

Malas tgu lama, aku tros tanya soalan kat fb. Taip je search windscreen. Banyak yang keluar kat area terdekat. Google jugak kalau2 ada yang bercerita pasal bengkel yang cepat siap. "Masa" tu yang penting sekarang, aku xmo tgu sampai berejam.

Dan memang hasil pencarian alhamdulillah teros jumpa satu kedai malay satu lagi chinese. Respon yang 2 kedai ni memang laju. Mantop fast responsenya. Tanya rate. yang malay ni aku percaya sebab ada yang komen kat fb bagos, cepat. Kedai kat Shah alam, kalau perasan ada tulis perkataan Bismillah kat kedai. Sangat la islamik. Rate yang die letak untuk double layer RM450 siap pasang. Ade ke orang buat single layer? Aku tanya berapa lama takes time, die jawab dalam sejam.

Aku tanya yang chinese, Nama kedai Yap Cermin auto windscreen. Yang paling best lokasi dekat sri kembangan, tempat aku familiar dan selalu lalu situ g aeon tmn equine. Kira dekat sangat berbanding Shah Alam nun. Rate yang die letak murah gler, sbab aku survey baca kat mana2 thread sebot harga tu kira mustahil nak dapat zaman sekarang. Kira rezki aku sebab die kata this is the last piece, sempena promosi raya. Time aku tanya ni dah berminggu lepas raya. Dapat harga RM340 siap pasang dalam sejam. Original 3 years warranty.

Dia siap buat Market Urgency kat situ, cepat ni last piece katanya, last unit left another one sold. Siap soh bayar deposit utk booking. Aku xnak dan xpercaya. Aku ni susah nak percaya. Aku tanya bukak kul berapa. katanya kul10 am. Aku juz reply, i hope can go tomorrow morning. Diorg reply no problem. xtakut pon habis ada orang beli kalau betul apa die kata sebab masa dok menanya ni jam dah dekat diorg tutup kedai so aku juz tawakal jela. Aku aim esok before dorang bukak kedai, aku mesti ada depan kedai die dah.

Awal pagi aku dah sampai, syukur sebab dekat. Igtkan jem terok sb situ construction x abes2. Kul9 lbh aku dah ada depan kedai, nampak diorg dok angkat naik roller shutter. Aku suka berpagi2. Aku suka cara dorang mesra layan customer. Highly recommended la kedai ni. So sape2 kat luar sana rasa2 abis dah survey rege, dan nak servis puas ati, silalah ke kedai ni. Cari je kat fb nama kedai ni.



Aku duduk la menunggu sambil minum kopi yang aku beli tadi dan sambil mata, watching how they do the thing. First they pull out the rubber around the windscreen, and the windscreen itself. Then they put the glue which is so stink. Next they use the tools looks like a suction thingy put on the new piece and bring the glass and position it on the place. And its done!

                                                              Gambar sekadar hiasan!!!!


Uncle tu siap cabut elok2 semua sticker yang ada, dan aku cakap hati2 sticker roadtax aku yang dah mereput tu jgn buang wpon tarikh dah xpired haha. No worries katanya. Then die susun elok2 sticker tu, put back into the place like it is before.

Then die bagi warranty which is juz a card. Seriously it doesnt even take much of my time, sangat cepat pasang rupanya mende alah ni, x sampai stgh jam. Keluar, aku g servis aircond depan kedai tadi. Settle 2 mende harini, n im happy because it's so fast.

Thumbs up to that smiley uncle. sangat ramah dan murah senyuman. Pagi2 dah bagi positive vibes to his customer. Bijak2!! Orang bijak adalah orang yang positif dan boleh beri aura positif tu kat orang lain. Dan disebabkan die bijak la jugak aku share pasal kedai dia. The best marketing is smile. ^ _ ^


BUAT PEMERIKSAAN DI PUSPAKOM

Arini aku ke puspakom sebab roadtax mati lebih setahun. Aku asik extend sampai lupa yang dah lebih setahun plus aku memang xtaw yang kalau lebih setahun mesti kene hantar puspakom dan aku xleh simply renew roadtax.

Memula dapat taw dari sepupu aku yang kene kes macam ni, which is kete family die lebih bertahun2. Siap kene g ketuk body la, cat baru la, baiki itu ini sampai beribu2. Aku dah naik cuak. Aku try test nak taw betol ke akan jadi macam tu, degil kan, sebab xleh terima kenyataan. So aku g beli insurans, tup2 dapat call, igt happy la soh g amik semua tu sebab dah bayar tadi, budak tu cakap insurans memang la dapat, tapi roadtax akak sngkut sb lebih setahun. Lahai! bala bala!!

Maka bermula la macam biasa proses "googling" aku untuk settle hal ni.

Lama jugak aku study, membawak dari blog ke article ke fb ke website ke thread, mcm2. Baca jugak pengalaman orang yang dorang share kat blog. Ada yang experienced x lulus. Maka ongkos pon bertambah. Ada yang dah sampai gate Puspakom dah, tup2 di'approach' runner, di offer macam2. Ni kisah sorang akak who is a female macam aku yang tegar nak g buat sendiri tanpa pertolongan lelaki. Dan end up akak ni bayar rm150 which aku baca kalau kete kene dalam rm30 lebih je.

Aku baca jela, dalam hati pikir susah jugak rupanya hal2 macam ni. Dah start la datang penyesalan dan perkataan "kalaulah aku taw macam ni" .Masalahnye dah masalah. Xyah fokus masalah, fokus cari solution jela, joyah oii!!

Dari aku google, dapat yang entah macam2 ni baik aku tanya sendiri Puspakom. Mula call no yang kat dalam website, x berangkat, bz line. Esok call pon sama. Hampeh la sistem dorang. Try plak tanya kat Fb alhamdulillah ada jawapan.

Soalan pertama aku pasal cermin sebab aku ada baca cermin xleh pecah. Tanya lagi untuk kepastian, jawapannya tidak boleh pecah lebih dari 6 inch. Kalau ikotkan cermin depan aku dah pecah, xyah amik pembaris ukur pon dah taw lebih sgt. ( nanti di entry lain aku update pengalaman menukar cermin kereta)

Soalan seterusnya apa yang akan diperiksa nanti. Untuk yang lebih setahun mati roadtax, kene buat special checkup, B2. Apa yang dia tengok :

1) Nombor chasis
2) Nombor Enjin
3) Cermin gelap
4) Bahagian atas dan bawah kenderaan
5) Brek
6) Suspensi

Step by step aku buat, mula dengan gi hanguskan duit tukar cermin, then pegi pulak workshop untuk cek brek dan suspension. Berejam untuk settle seme ni termasuk tukar tayar. Apa2 jela janji x fail.

Cerita x abis lagi, dalam berbalas message tu aku tanya apa perlu saya bawak nanti. Walaupun aku dah taw sikit sbyk tapi masih nak konfem. Katanya kene bawak Geran original. Yang aku baca kat blog orang siap list copy IC, Geran copy.. Tapi yang Puspakom sendiri jawab bawak Geran Ori sahaja. (Ni kalau kes owner sendiri datang, kalau x kene ade surat wakil bagai).

Aku hanya ada copy, yang ori kat bank. Search lagi perlu ke Ori sebab leceh kene balik Kelantan untuk amik Geran kat bank. So tgu lagi raya haji baru balik. Huhhh.. Panjang cerita la mende ni.. Alhamdulillah kacang je, p bank sambil2 bayar kete, naik atas xtgu lama, teros dapat. Aku suka sebab Affin sangat la xramai orang. Balik dgn hepi. Dalam hati, dah ni kira final dah, balik nanti settle la hal Puspakom nanti.

Balik before pegi Puspakom aku ada baca, kene book dulu, so aku try call, dah konfem2 xdpt. Aku emel, emel reject, dah satu hal pulak , dah kenapa. Memang hampeh dorang buat keje. Ke selama ni aku sorang je dalam Malaysia ni kene mende ni? Aku tanya awat email address not identified? Rupanya apa yang kat website tu salah. Allahu! Abis selama ni macamana? Selamaaa Niiii!! naik geram aku. xpe sabar, jawab elok2. Yang kat website tulis dp.booking@puspakom.com.my . Rupenye correction tertinggal "e" je pon.
Yang sebenarnya dp.ebooking. Sabar jela!!! Caranya download link excel, isi hari dan masa dan pusat mana kita nak g. Macam aku yang terdekat sama ada Shah Alam or Bangi. Aku letak je dua2 dan aku nak slot pagi.

Petang die reply, kul4 hari isnin kat Bangi. Ok dah set. Malas nak bersoal jawab dah. Mula2 pikir gak, nak try servis bergerak tu bayar RM100 upah so called Perkhidmatan PMI. Puspakom sendiri datang tempat kita, xyah susah2 kita keluar, menunggu dan result teros dapat onthespot. Tapi dah 2x tanya jawapannya sama, masalah sistem teknikal. Aku dah leh agak dah, kalau nko call die x angkat, seolah sorang je jaga phone tu, pastu emel die letak dalam website pon x double check, apa sangat la kalau kita pikir truck bergerak die beli 1 je untuk seluruh Malaysia ni. Haha!! jahat x aku. Takdela, aku sebenarnya bersyukur, atleast duit aku x melayang RM100 tu n aku leh experienced sendiri apa prosesnya checking kat Puspakom ni.

Pasal link yang die bagi silap tu aku soh die betulkan di website dorang supaya tidak la ramai orang yang terkena hal yang sama. Dia dok mintak link, aku bagi copy email yang kene reject tu la, anta ikot 'Word Doc'.

Maka hari ditunggu2, diperam2 pon tiba. Lama kot aku tunggu nak settle mende ni. At last, aku bersiap awal. Bajet xnak la sampai kul4, kene la sampai awal sejam. Memang tu style aku, by luck mana taw dapat masuk queue tros sebab xtaw procedure.

Rupanya FYI, cawangan Bangi ni sangat la kecik. Igt kan besar macam Shah Alam dan Padang Jawa. Tengok dalam gambar google memang nampak kecik besar workshop je pon. Orang masa tu x ramai, x panas sebab mendung nak hujan.

Proses takes time juz a few minute. Aku x sempat nak buat apa, die dah soh masuk dalam. Kete ada la dalam 10 bijik tapi cepat. Aku bawak sepupu, soh die g tanya, die bawak borang soh isi. Borang macam dalam gambar ni. Nko isi jela atas dan bahagian bawah, siap address, sign semua.



Then, lepas masuk area seperti dalam gambar ni ..


aku disuruh bukak bonet, matikan enjin. Memang xde org explain sebab kat situ ramai laki yang settlekan hal2 ni, dan nampak macam orang2 ni dah biasa dgn proses2 tu seme, dlm otak aku, ni kot runner2 yang dimaksudkan.

Dan sebelum masuk tadi ade sorang apek dok koyak tinted tingkap die. Beria dia koyak, aku masa tu lapar, dok layan bihun n teh tarik panas dalam kete sambil tgk kesungguhan apek tu mengoyak tinted. Aku pikir apehal? x tebal pon, membazir je nanti kene buat baru, lahaii. aku xtakot sebab kete aku x tebal dan windscreen time buat memang x pasang tinted.

Aku xtaw, maka bertanya la kat brader pakai baju puspakom yang sibok dok buat keje tu. Kat sini semua muka baik2. Die soh g buat bayaran. Jgn risau kat sini cari je bilik , signboard tulis besar kat situ kaunter bayaran. queue la sekejap, akak yang entertain aku tu pon sangat la ramah dan mesra orangnya. Aku dgn suara ceria ucap terima kasih tanda berpuas hati, haha. Masa ni die bagi resit, die kata letak geran, resit n surat tu kat dashboard (semua dia kepil sekali) which is lepas tu, orang die amik utk tick masa pemeriksaan. Resit jela kita pegang. Dan IC semua xperlu pon.

Aku tanya lagi lepas bayar buat apa kat brader lain pulak. Die soh tgu di bilik menunggu, x sempat panas buntut dah dipanggilnya soh gerak. Bawak kete kedepan sikit masuk area yang ade pit. Kejap je die kata "dah". Aku menjerit la, nak pi mana, dah settle ke? Brader tu tunjuk isyarat dah, lepas tu aku lalu lagi, igt nak kene masuk line yang sebelah, tanya polis yang muka masam tu, die bagi isyarat jgk , dah!  Serius x percaya senang giler. x amik masa lama yang buat aku xpercaya tuh, sebab aku baca orang kata berejam tgu dalam kete.



Pastu juz tgu result xsampai 10 minit dapat. Pegi je kat kaunter result tu bawak resit macam gambar diatas. Nanti die akan serahkan geran, dan result seperti dalam gambar di bawah.





Tertera perkataan LULUS itu je aku nak taw. Dan perasaan die macam baru lepas amik lesen. hahahhhh!!

Happy ada, amaze ada, seronok gler sebab apa yang orang cakap macam2 tu xberlaku. Plus paling aku happy aku juz kene bayar rm26.50, xsampai pon rm30. Alhamdulillah ya Allah. Tamat la segala penantian untuk aku renew roadtax yang dah reput dan nak tercabut tu (dah nak masuk 2 tahun kiranya aku gerak ke mana2 x ber "itu".

Dan masa datang ada orang kata kene apply surat izin dari JPJ blh bwk kete untuk sehari (apa mende aku lupa nama die). Tapi aku gamble sebab dah dekat 2 tahun aku pakai kete yang tak ber " " kemana2. Allah je tahu.

 Balik dgn hepi jam 4 lebih. Tq Allah > _ <


Monday, March 14, 2016

Baiki sink tersumbat

Dah dekat bertahun sink umah ni clogged. Sebab utama minyak yang dah beku kat dalam pipe. Pipe rumah plak panjang lebih 5 meter. First thing aku buat masa awal2 kejadian pegi daiso beli drain cleaner. Abis berpaket2 xjadi.

Second trial, beli drain cleaner cecair (amway) plak coz yang serbuk x de kesan, hmpp pon sm x jugak jalan. Next trial aku masukkan pipe getah x menjadik jugak. Strressss!

Pikir2 ikot logik akal kalau dah pipe panjang kene ada benda panjang yang kuat utk tekan mende tersumbat tu or tekanan yang menarik naik mcm vacuum. Sebab pipe getah x jadik ak try lagi google apa orang biasa pakai utk sink tersumbat.

Ada orang suggest pakai garam kasar, aku dah tuang berkilo n curah air panas, air x gerak even seinci. Ade jgk suggest pakai bhn kimia, ak gigihkan diri gi beli kt ace hardware yg mhl ckt kali ni dlm rm7, ade yg asid bagai tapi pikir takut pecah meletup plak pipe so lepas berejam kat kedai tu, aku decide beli sebotol paling murah. Balik siap pakai glove.unfortunately, the water still not move even an inch. 

Tanya lagi encik google, ade plak kata pakai cuka dan soda. Ini atas suggestion yang menjadik, s3bab xnak bazir duit, aku try beli pek kecik harga rm5.++ . Like the pic below. The result still hampeh.


Try google the trusted plumber sebab takut kene tipu, lepas siap maunya mintak sampai beratus, naya aku. Aku cari no seme plumber terdekat. Wsap seme no tu, ada 2 je feedback. 1 siap bagi quotation, 1 kerja 100-150. Makaiii. Second plumber yang ni aku baca dalam 1 blog or thread die kata encik ni amik upah dalam 20 camtuh je. Die yg reply siap tanya leh amik gambar tunjuk mana yang tersumbat, balik keje aku take a few photos, show him the pipe taken from above coz this is apartment so akan nmpak pipe dari atas. Dia bagi pro-rate dari 4 kerja aku mentioned tu rm300. (Include fridge wiring, n flush toilet). Mengucap panjang haku. Siap sebut kene pegi betolkan dari jiran bawah. Humangaii susahnya keje. 

Pikir duit, aku doa kali ni harap ikhtiar aku jadi ikhtiar terakhir. Selama bertahun sink tu problem, macam2 cara aku buat, dari cuka, cecair cleaner, soda, garam, air panas segala x menjadik. Aku decide beli drain dredge macam gmbr kat bawah ni. Pegi d.i.y beli yang 5meter. Harga rm10.90 harap sgt kalini x hangus duit aku. 


The good thing happened when, jolok byk kali, mula2 susah nak masuk, byk kali aku pusing handle, atlast keluar myk yang dah keras, penuh kat besi. Syukur alhamdulillah, air dah nampak kurang. Try boh air panas, wpon air x laju tp flow. Even agak kotor aku jolok tngan (pakai sarung tangan), identify paip yang keluar dari sink kat toilet, jumpa laluan tu n air panas keluar dari saluran tu. Then aku pakai dredge jolok dari sana pulak, keluar jugak ketulan myk wpon x byk yang melekat kat besi. Sambung balik pipe kat sink, terus tuang air panas berkali2 plus seme cecair n serbuk drain cleaner yang masih berbaki aku tuang. 

Moral of the story, never givup n keep on trying. Kalau x kerana usaha yang sedikit (tp beratus kali) n duit hangus yang x sampai ratus ni maunya aku kene byr kt plumber yang nak cpt kaya tu beratus2. Perempuan pon leh buat keje laki, janji x penyegan. Kalau yang segan2, geli mende kotor, asyik nak harap laki je buat, memang xdpt tlg la. ^ - ^

Utk langkah xnak dah mende sama berulang keep on pouring hot water plus aku ade beli ini (pic below) elak dari m3nde2 bsr masuk dlm sink tu. Harga rm2.90 n its cut3.


Friday, December 2, 2011

jodoh



Assalamualaikum.

aku baru je lepas trauma ngan sedara2 ak. menanges gak r ngan pangai orang2 ni tapi amik iktibar think positive. sape x penah dalam dilema, saket ati, ujian2 kecik semua ni. x perlu risau sgt. kadang ujian ini yg akan mematangkan lagi kt dari segi pemikiran.

jgn dok runsing sgt ahhh. ujian ni jgak yg akan mendekatkan kt dengan pencipta kita. tu bonuss. rugi sape x dapat.

berbalik crita ak, ak digasak, diperli, dituduh, dihina, diaib, diperkotakkatikkan, digelak, dibodoh2kan, apa laiii.. haha exaggerate lebih2 lak aih.. memang sakit tp dgn semangat dan jiwa yg kental, motivasi yg tinggi dan iltizam yg ditiup biiznihi ak x mudah terjejas ngan depa semua nih.

ak ni jenis x suka laki lembik, jenis pakai ayat2 komang, cth da makan ke belom, da nak tido ka? , tu semua memang ak anti.. tetiba ada msg berbaur tu semua memang buat ak naek mual.

ak x suka lelaki x matang. ko nak ke bersuamikan lelaki yg x penah nk dgr masalah istri dia, kalu istri mtk pendapat die no idea sbb x matured.. x de ilmu.

ilmu apa yg buat sorang laki matured? bagi ak selain ilmu dunia, yg paling teras die ada ilmu akhirat lam diri die.

nak ke engkau kat laki x solat, merokok, x reti manage idop sdr, camane die nk manage life after marriage. kalu laki yg beriman, da sah2 ada disiplin ngan tuhan, laki ni la yg leh dianggap matang.

jiwa yg tenang, x mudah marah, pemikiran kritis, (hadoww!!) semua tu dari sorang laki yg beriman sebenarnya. yg otaknya rasional. apa maksod rasional, dari kamus hidup mentakrifkan sebagai seorang yg hala tuju hidupnya kerana Allah sbb dia tau dari mana dia datang ke tanah jua die kembali, ke akhirat destinasi, kepada Allah die sujud dan kepada Allah die harus jawab segala pertanggungjawaban selama di dunia.

jadi, die akan takut nak buat jahat, buat mende2 bodoh, al-asbab die taw semua tu ada hitungan disisi Allah. mana nak cari laki macam ni?

mungkin kalau laki macamni bukan takdir ak, ak redha sebab Allah lagi tahu siapa aku.

hanya doa sebagai usaha aku, jalan akhir ak, redha dan tawakkal ak soal ni. terima kasih pada semua dan kepada Allah pemilik hati.


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." - sumber

siapalah ak? ak hanya menumpang di bumiMU dan kepadaMu ak kembali. Allahua'lam.

Annoying people around me!

Salam,

jarang ak taip diary elektronik ak ni pasal jerk. tapi arini ak saja nak post mende bukan2 ni.

tanda protes dalam diam, hahaa..

aku x suka orang paksa ak. tapi ak suka pikir or muhasabah diri kenapa orang buat macamtu. x semua hal ak salahkan orang malah berterima kasih kat meke2 tu atas sebab berlakunya mende2 tuh.

k, straight to e point.

1. orang paksa ak. susah2 nak pikir soal ak. tu sebab ak kata doa je kat ak. nih pasal jodoh la. pehal korang nk bising2. ak memang nk kawen kot. dan tlg jgn gelak kat ak kalu ak sebot ak nk orang kaki masjid. da memang betol tu cita2 ak. huhhh

2. orang yang short minded. let say kita sebot scanner pasal antivirus p dorang yg bangang ni akan gelak dlu dgn berkata , whaT? scanner hahahaa.. nak je ak cakap heyy bodo i mean virus scanner, memang kt sebot panggil virus scanner kot.. yg hang dok gelak tu pehal, ingat scanner ketas tu je ke ada lam dunia ni... WTHeck!!

3. orang berlagak pandai. kadang die mmg pandai tapi kenapa nk berlagak. baru master kot. bloody hell. (ish nak jgak ak sbot). kalu PHd agaknye jalan hidung ke atas, air hujan masok idung! emphh. tapi ada jugak yg bodo berlagak pandai. tu lai terok.

4. orang yg sememangnya annoying, cam budak remaja sekarang. amik gamba nk moncong2 mulut tu haaa. pastu seksi nak mam***. kesian dorang. da itu je yg dorang nampak, ya Allah bukakanlah pintu hati mereka.

5. ak ase takat tu je kot yang penting jaga diri ak lu. toksah dok sebok pk hal orang... ok adios!


Thursday, December 1, 2011

puasa Ashura


Today is 6th Muharram, dont forget to fast on 9 & 10th Muharram or 10 & 11th muharram.

now we look at the history of the 10th muharram in thousand decades ago :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit
Allahualam.

Saturday, November 26, 2011

my dream house









aku pun punya impian sama macam orang lain. nak kan keluarga bahagia dengan rumah n isi yang macam ni. kalau la Allah makbulkan mana tau. bahagianya hidup dunia dan arapnya makin dekat kita mencari redha Allah dalam mensyukuri nikmat hidup yang diberi pinjam ni. subhanallah. combination of green and white. huu lawa2.

Saturday, August 20, 2011

puasa 2011

arini dah pun masuk 10 malam terakhir, masjid mula lengang. tapi sof malam semalam ramai mungkin sebab weekend so orang pikir esok leh rehat pe salahnya malam ni lebihkan rakaat tapi aku cam malam2 lain xde lebih atau kurang. tetiba terklik satu blog yang letak katon cumil ni. santek ak attach kat sini tapi upside down. arap sangat leh bertemu malam rahmat tu. doa untuk aku dan semua umat Muhammad.

during this ramadan, it came with remarkable moment when i went home last week, amik cuti isnin, drove home at 9 pm and reached home at 3 am. kugagahi mata dan semangat nak balik rumah. memang lepas berbuka kat raub mata x tahan, aku drive jugak kete kecik aku tuh meredah gelap malam dan sejuk embun pagi.

sempat kemas rumah, meghong, kilah kain (bak kata k.ina). 2 hari penuh makna berbuka ngan family, tambah terawih kat stadium. ya Allah izinkan aku sempat dengan malam lailatulQadrMu.

dengar lagu Law Kana Bainana. teringat tyme sahur gather ramai2 kul5.30 depan tibi tengok citer ni.

puasa ni ak sangat saving sebab iftar ari2 kat masjid negeri, ni namanya rezki Allah.

aku yang x penah2 abis tilawah 1 quran, harini da abis 21 juzuk, remain tuk ari2 akhir insyaAllah sempat abis 30. kenapa selama 27 tahun aku menumpang di bumi Allah ni x penah cukup masa abis 30 juz atas kiraan aku yang hina x sempat wpon dulu masa sangat banyak nak banding sekarang tambah waktu keje lagi. satu sebab Allah izin satu lagi sebab tiap kali balik keje kul5 aku terus g masjid dari jam lepas solat asar masa aku banyak sebelum tunggu berbuka aku tadarrus dan aim dari satu surah ke surah. Allahummasolli'ala sayyidina muhammad.

sekian.












Tuesday, June 28, 2011

latih anak solat mula dari 7 tahun.

aku taw da ramai baca notes Wardina ni, saja nak pos sebab suka tgk c kecil solat. sangat bagos pada ibu2 yang sangat pentingkan hal solat, nanti esok2 ini la saham kita di akhirat.

ibu ayah harus kuat semangat latih dan tunjuk arah anak2 mula dari seawal 7 tahun.




Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Saturday, June 25, 2011

mymaster


TAHNIAH!

Anda Berjaya ditawarkan program pembiayaan mymaster.

20hb Allah gerakkan hati aku, bukak portal biasiswa. Free pulak arini kat opis, keje x banyak cam biasa. Dan arini jugak ari last regist. Iktibar buat aku yang selalu cincai2 belajar supaya after this put extra effort on study. Pengajaran untuk aku, noted that in master level, B- is considered FAIL. yang ak neh dengan yakin bkk tgk result, ak tanya kawan2 laen seme takut nak bkk. pastu msg cakap lega. pehal dorang cuak sgt rupa2nya..


Aku baca lanjut pasal mymaster yang da berjaman ak tunggu, x diinform kat emel, x pon anta surat, ak tanya mak aku kat kampong, katanya surat saman PTPT ada la. Ak call bahagian scholar x de yang angkat, nak kata govt da tutup baru pukul 4. Apa dorang neh meeting ke da pakat g minum2 sambil tgu jam punch out. Xde hal ak nak pk. Ak pakai alternatif lain, ak address question as much as I want via email, hopefully tomorrow ill get the feedback.


Apa yang buat ak confuse, tarikh di’extend’ sampai bila, sebab mengikut apa yang tertera sampai 14 hari. It means the date is already expired. Usaha tetap usaha pakai ijtihad hati aku, aku dcide balik puchong mtk tlg mak su malam tu jugak, teman g klinik, pakai xray yang aku buat waktu regist dulu, xde lama mana pun. Mintak doctor juz verify apa patut, buat urine test, blood pressure, n other normal procedures. Aku dah siap2 buat copies untuk maksu mtk verification saksi, principal dia dan maksu sendiri sebagai penjamin aku.


Kira malam tu jugak dalam unsettle confusion mode, I still do the expedient things that most people do in filling the govt form. Aku google mana nak dapatkan setem hasil, sebab aku memang x biasa ngan mende alah tu seme.


Esok pagi dapat reply orang KPT yang tarikh di extend till this 24th June. Kiranya masih berbaki 3 hari dari hari ni. Arini lagi sekali g puchong dengan belikan maksu apa patut, bagi telur, roti dan megi. Dia pun ada cakap bajet bulan ni abes beli baju raya anak2 dia.


21st aku half day, datang awal siapkan keja yang aku dah list down semalam. Kul12.30 aku keluar g uitm, carik lecturer untuk pengesahan. Semalam da amik initial maksu dan cop g.besar. arini cari lecturer sebagai saksi academic aku pulak. Allah mudahkan dalam sibuk, tyme aku pegi prof ada baru lepas interview. Jumpa kawan yg jgak dapat mende neh, dia kata pej hasil ade kat SA. Ak lam ati mujur die gtaw, kalu x dah ke jln duta ak arini. Die bagi hint kat mana, salah tapi tetap hint, ak tanya ety mujur c etty pon biasa pegi, rupanya bukan kat plaza masalam, plaza perangsang.


Kat c2 pon x take time sangat tros ke pos office, jam pej pos pun da nak tutup, de orang bagi aku no turn, cepat 3 no dari no aku, instead of tgu 3 angka belakang, dpt awal ckt.


Lega lepas anta tapi arini ak sacrifice solat zohor. Subhanallah. Apa pun terima kasih ya ALLAH. Engkau mudahkan perjalanan insan kerdil yang memang buta tanpa tunjuk arahMU, yang bodoh tanpa ilmuMU, yang hina tanpa kasih sayangMU.


Betapa kalu Allah x gtaw ak memang sah2 da frust kalu aku bukak tgk tarikh da tamat, lagi tambah nak marah sebab x diinform kat mana2. Biau budak tu terlepas lagi untung ko xyah taja dorang.


Bab bantuan ko amik mudah, tapi bab nak bagi budak tuh terbeban utang taw pulak ko kejar dorang dari xtaw apa2, ko promot kat dia cam haram. At last kene tanggung bunga sampai mati. Nak2 yang baru dapat keje dengan gaji 1.6 K, lepas tu ko tambah2 bunganya, kenyang ko makan riba budak2 neh.


Ko paksa dia bayar dan ugut dorang soh baya, diissue surat mahkamah ko gertak biau takut dorang tanpa tahu status mereka , masih tanam anggur kat kg. kesian pada yang miskin tambah kurang pandai. Untung kat yang kaya. Inilah bayaran dunia. Sedangkan itu tanggungjwab gomen bagi bantuan pada yang x mampu, xperlu la diperdagangkan urusan golongan ini. Kalu nak amik interest sangat pun xyah la sampai 3%.


Sebut bayaran untuk ini aku usaha kehulur hilir x kira minyak, sbb syukur ada kereta.


Kos lain consult dr. untuk medical checkup RM45. Bayar parking hotel cum plaza tuh rm2, pos office parking rm1.50, pos laju rm6, setem hasil rm30. Total rm85.


p/s: keluhan yang lama terbuku di hati.


Tuesday, May 31, 2011

orang yang aku panggil 'MEK'

ni la mek dan arwah ayoh tersayang.

aku nak masuk contest ni sebab 1 nak duit yang di'offer' tapi saingan terlampau sengit. yang kedua aku terasa nak bercerita pasal mak aku. sebelum ni aku da buat n3 pasal arwah ayah, ni pasal mak aku pulok la. incik joe, blog saya x pemes sbb xde masa nak mempemeskan diri. time merekayasa ayat ni pun saya gigih menaip time lunch hour di opis.

temanya pasal ibu. aku cam makhluk2 di bumi ni jugak, mana datang anak kalau bukan dari perut ibunya. aku panggil mak aku "mek". cerita mek aku bukan macam ibu2 yang lain. kami asal susah. mek aku sekarang di kelantan.

arwah ayah aku, x suka keje ngan orang dulunya, bertuah mek dapat ayoh. ayah aku carik rezeki mulanya ngan meniaga apam balik. pagi2 subuh dah bangun. mak aku la yang membancuh tepung, buat apam, ayah akan gi anta kat kedai2 kopi. arwah atuk aku pulak akan menjaja apam tu kayuh basikal tua keliling kampung.

tu payah jerih mereka cari rezeki nak membesarkan 7 orang anak. aku waktu tu sekolah rendah. naik sekolah menengah ayah tuka pulak ke bisnes tempeyek. sampai sekarang kilang tempeyek masih ada lagi di paya rambai, jalan bayam.

mak dan ayah aku akan bangkit seawal sebelum subuh untuk bancuh tepung. dulu pekerja x seramai sekarang. mak dan ayah la susah payah cari pembeli sebab waktu tu takde pelanggan tetap. aku x boleh bayang, mungkin kalau orang biasa dah lama 'give up' tapi bukan mak ayah aku. proses nak bagi tempeyek ni rangup, sedap, cukup rasa, x mo kasik berminyak, packaging, semua makan masa.

mungkin sebelum tidur mak dan ayah aku pikir macamana nak buat bisnes tempeyek ni laku. sebab dulu kualiti sangat teruk berbanding sekarang. seingat aku waktu tu aku adik beradik balik sekolah tolong mak meneri bukan seal pakai sealer elektrik macam sekarang. kami pakai lilin kadang sampai terbakor plastik. hehee

tempeyek dulu sangat berminyak aku masih ingat waktu tu mak aku terpaksa toskan minyak setiap bungkus tempeyek yang dah dibungkus. macamana hebatnya usaha mak ayah aku, dan x cukup terima kasih aku pada diorang yang lahirkan aku, besarkan aku, sekolahkan aku, dan sampai sekarang aku jadi aku.

mak aku yang menggoreng sendiri tempeyek sampai kadang melecur terkena minyak panas, yela pakai kuali besar, kuantiti kacang yang nak digoreng tu pulak banyak. x cukup dengan tu adakalanya tempeyek ni x de la laris cam goreng pisang, ayah aku pikir pulak nak buat pisang sira, kerepek pisang untuk tampung surutnya pasaran tempeyek.

begitulah perit jerih diorang nak carik rezeki. aku memang xleh nak bayar seme tuh melainkan doa. buat mek tersayang, doanya agar mek sentiasa bahagia, xmo susah2 lagi pikir anak, biar kami pulak jaga mek. ni masa mek hidup senang.

apa pun moga ALLAH jaga kesihatan dan keselamatan ibuku, tenangkan hidupnya, bahagiakanlah dia, temanilah die di ketika sunyi, ceriakanlah hatinya di ketika dia dihimpit resah, permudahkanlah setiap urusannya, terimalah amal dan ibadatnya, sejahterakanlah dia dunia dan akhirat. amin ya rabbal 'alamin.

sesape yang rasa nak duit rm50 dan lagi skali 50 kalau menang, tanpa segan sila ke belog mohd faridzul asyraf b mat arifin

turut harus dinyatakan disini sponsor dikelola oleh tuan blog tu jugak, faridzulasyraf dan denai hati.


Saturday, May 21, 2011

beza islam dan hindus


tertarik dengan cerita raja petra beza hindu di bali dan islam di indonesia . mengapa orang islam x takut pada tuhannya dan orang hindu sangat berpegang pada kepercayaan karmanya.

The Balinese Hindus are a perfect example of good Muslims. That is what troubles me. The Balinese Hindus are what Muslims should be but are not. And I really need to find out why this is so even if it is the last thing I do.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

My wife and I spent three weeks in Bali in April this year. We were there to celebrate our 38th wedding anniversary as guests of a very good friend who allowed me to stay in his exquisite villa for free. It would have cost me USD1,100 a night otherwise.

That was after my Australian trip and just before the talk Haris Ibrahim I gave in Bangkok followed by all that drama.

What impressed me most about Bali was the honesty of the people, who are 90% or so Hindu (but very different from Malaysian Hindus). We left all our things including our cash in our room. The staff walked in and out freely and we did not feel any anxiety. In fact, our bedroom did not have any locks but just glass shutters.

I asked one Balinese girl who was giving me a two-hour massage how come the Balinese are so honest.

It is because we believe in karma, she replied.

Oh, I responded, that means whatever you do to others the same thing will happen to you (balasan yang sama).

No, she replied. Whatever you do to others ten times more will happen to you. And that includes both good and bad things.

Whenever we took a taxi the taxi driver would automatically switch on his meter. And they never took the longer route to get where we wanted to get to. It was always short cuts.

Whenever we stopped at the shopping complex to buy our groceries and stuff the taxi driver would switch off the meter and wait, however long it took. So we did not have to pay for ‘down time’.

On one occasion my friend left his Blackberry at Macdonalds. We were halfway back to the villa before he realised he had lost his Blackberry and we suspected he may have left it at Macdonalds, the last pit stop we made.

We asked the driver to turn around and go back to Macdonalds, although we did not really think that his Blackberry would still be there.

But lo and behold, it was still there. Someone had found it on the counter and had handed it to the manager. What a relief it was for my friend who could ill-afford to lose all his data.

There were many other instances regarding the honesty of the Balinese that impressed us immensely. I joked that if I did not yet have any religion and was looking for a religion I would probably become a Balinese Hindu. That’s how impressed I was.

After Bali we went over to Jakarta and suddenly it was another world altogether. Jakarta is predominantly Muslim but you did not feel safe in that city. You felt like you were constantly under siege.

“Why can’t the Muslims in Jakarta be like the Hindus of Bali?” I commented to my wife. I was so impressed with the Balinese Hindus and disgusted with the Jakarta Muslims. And it is the Muslims who cause all the commotion in Bali with the bombings and whatnot.

I would like to believe that Muslims have reduced Islam to a religion of rituals minus the commitment to the ideals of the religion. But then the Balinese are even more ritualistic than the Muslims. In fact, they appear to be constantly in prayer.

I am yet to put my finger on it. There is something about the Balinese version of Hinduism that makes them extremely honest and decent people. But what is it?

I think I am going to go back to Bali and spend some time studying the people there, in particular their religion. I need to find out what it is they are doing right and we are doing wrong.

The Balinese Hindus are a perfect example of good Muslims. That is what troubles me. The Balinese Hindus are what Muslims should be but are not. And I really need to find out why this is so even if it is the last thing I do.

islam x patut dipersalahkan, yang paling penting penganutnya yang benar2 amalkan islam dan kepercayaan pada tuhan yang Esa benar2 dalam diri individu itu yang hanya mampu abide mereka dengan agama mereka.

aku baru tengok macamana sham kamikaze berubah n dapat nur islam, masa pepagi lagi belek blog joe.


syukur alhamdulillah, Allah memilihmu untuk berada dkat di sisiNYA
about an hour ago · ·






aku jugak baru tengok lagu baru maher lam bahasa indonesia. layannn





suara fadly yang lunak merdu shahdu




Thursday, May 19, 2011

propose fuel hike!


The statement came following Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Ismail Sabri Yaakob’s hint yesterday of a possible hike in the basic grade fuel price as the government desperately aims to cut its hefty subsidy bills.


Signs that the government are preparing for more subsidy cuts had been made clearer when Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said this morning that the government could not sustain its subsidy cost.


Persoalan kenapa harga minyak sentiasa naik? What it got to do with govt subsidies and all that. I try to figure it out and I found this article on Paultan website regarding hubungkait rege minyak dan subsidies. Encik paul pon dapat mende neh dari website kerajaan.


This fact is based on Economic plan unit, PM department. This is backdated, but to get the real picture, is good to start from the beginning of the story.


According to WTI, in Oct 2004 it reached US$51 and in 2005 it went up to US$67 per barrel. It keeps increasing every year.


Sebab ape pulak asik naik, kt leh tgk dari segi ekonomi ia satu percaturan mudah untuk seme kita paham


1. The existence of a tight market due to the small margin between production (83.0 million barrels per day(bpd)) and demand (82.5 million bpd)

2. High demand for oil by China, India and the United States

3. Uncertainly of supply in some OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) countries

4. Adverse weather conditions such as Hurricane Emily in Mexico, affecting oil production

5. Speculation on oil prices.



Dan ramai orang selalu tanya kenapa kita negara pengeluar pun kene naikkan harga.


wpon kita negara pengeluar tapi harga pasaran minyak ditentukan oleh DD and SS pasaran antarabangsa.


Bukan kita yang control. Kita juga bukanlah anggota OPEC which has control over market price and these countries set the oil production level. Antara negara yang anggotai OPEC Algeria, Ecuador, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Nigeria, Qatar, Saudi Arabia, UAE dan Venezuela. OPEC Basket Price adalah average of the oil price dari semua negara2 ni dan diguna untuk pantau keadaan pasaran minyak dunia.


Dan menurut sumber useconomy.about.com, OPEC price lagi murah berbanding WTI dan Brent Blend coz the oil from some of the countries have higher sulphur content and less useful for making gasoline. Compared to WTI which has low sulphur content, light-weight and excellent properties to make gasoline.


Ada pendapat kata kita pakai Brent Oil, minyak ni mahal dari OPEC dan minyak kita banyak dieksport keluar kerana berkualiti tinggi. secara logic, untung dari eksport tu sepatutnya mampu tampung sabsidi.


Kalau petroleum naik harga, harga diesel, petrol dan LPG gas memasak pon turut naik. in turn semua harga di pasaran terutama barang2 keperluan lain turut sama naik.


Menurut report tu lagi, govt memastikan harga minyak kita murah dari negara jiran adalah dengan pengecualian cukai jualan dan sediakan subsidi.


Subsidi ni mampu merendahkan kos operasi nelayan dan operator kenderaan sungai di sabah Sarawak.


Jom kita ke arithmetic process untuk proses pemahaman selanjutnya (ak dulu cita2 nak jadi cikgu matematik)


Petroleum Products Cost + Operational Costs + Margin for Distributors of Petroleum Products + Commission for Owners of Petrol Stations + Sales Tax – Subsidies = Retail Price


Subsidi dibayar kepada pengeluar dan penjual. Nilainya ditentukan oleh State of Govt finances.


Betul katanya kalau harga minyak di pasaran global naik maka akan menambah pendapatan negara pengeksport. Tapi x bijak la kalau semua kerajaan pakai untuk tampung sabsidi minyak. Tapi for short term aje .. medium term kenaikan harga ni akan juga bagi kesan pada ekonomi dunia. Yang ni ak x paham secara zahir, dah timbul persoalan kat aku pulak…emphh


Tambahan pula negara kita juga kene import untuk memenuhi keperluan domestic.. ni maksudnya negara xleh tampung keperluan rakyat jadi kene import.


Impact of subsidies on govt finance, tanpa sabsidi fiscal deficit boleh dikurangkan which in turn can reduce its borrowings. Katanya contributions by Petronas hanya cukup untuk tampung fuel subsidies.


Jadi rakyat kene terima hakikat ini :


If the rakyat and Government can share the cost of rising fuel prices, thus reducing the need for subsidies, a part of the contributions from PETRONAS can instead be directed to generate new sources of income.


Atas sebab kenaikan pasaran dunia maka kerajaan terpaksa menaikkan sabsidi dan tax to match the rise in product cost.


Khairy (si bijak) said on yesterday report, govt should not raise the oil price due to the rakyat or voters are now killing to cope with increasing food price.


He said govt should focus instead on saving management cost, increasing productivity and efficiency before cutting fuel subsidy.


Kat sini kita rujuk pada ekuiti negara yang jumlah kasarnya mampu tampung sabsidi. Selain tu banyak lagi sumber2 lain yang boleh tampung beban sabsidi, ntah mana dibazirkan pon kita x tau. Jadi sebagai rakyat marhaen memang terhimpit dengan kenaikan minyak yang menurut law of supply semua barang keperluan asas turut akan berganjak naik, tak sikit, banyak.


Only one who is really sure with proof knows.


sekian laporan audit negara. abeh la pitih tiap kali panah enjin keto! nok tubek mano tuuu? nok perabih pitih kow?

wacana perdana di kelantan yang da lama tapi sikit menjawab soal subsidy.