Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

kematian 3





assalamualaikum,

semalam aku ke seremban, lepas dapat berita sepupu abang ipar aku meninggal sbb serangan jantung. a.ipar aku call pagi 2,soh bersiap..ptg die balik trus nak bertolak katanyer

ptg ktorang bertolak la ke seremban..dier plak punyer la pecut kete, kejar masa..kot2 la dan ngan jenazah tuk semayang @ kebumi. tapi kami terlambat sampai, tapi alhamdulillah seme selesai. arwah pergi malam jumaat dalam tido. aman perginya.

kami trus ke rumah kuarga arwah, jumpa dgn isterinyer. isterinye nampak tenang sambil bercerita saat2 arwah pergi sebelom dan selepas.

kami ke kubur, sedekahkan ayat2 suci. aku tringat kakak aku kata time kat gate kubur tu pasal takut mati.

sedang lam hati aku berkata, kita semua akan mati. tapi bile, bagaimana, ALLAHUA'LAM..




aku terbaca petikan pasal sakitnya mati.

Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Nabi Idris pula berkata: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."

untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:

1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali

2) Selawat ke atas Nabi

3) Membaca tasbih

Amalan harian:

1) Sentiasa membaca Al-Quran

2) Memelihara solat terutama solat fardu

3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan

4) Membaca tasbih

5) Membanyakkan sedekah

6) Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta

2) Khianat

3) Mengadu domba

4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."




credit to eisya.

moga di saat kita pergi, mohon ALLAH permudahkan urusan, disedarkan akan harinya sudah hampir tiba, pergi dalam keadaan yg baik dgn kalimah suci LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH. AMIN

Saturday, April 18, 2009

Renungan !




aku rajin la plak mengupdate pepagi buta neh. aku tertarik ngan 1 post pasal cintan cintun..ini bukan bermakna aku suka menyentuh berkenaan kesah cinta maupun soal couple2 neh..ntah la aku x suke kenapa erk? mungkin kerana bukan sampai seru lai kot, xpon aku neh x suka pk mende yg blom terjadi..ha begitew la iyer..

moh kiter berbalik pada topik utama tadi. aku der terbaca post bertajuk 'sebelom dibius cinta' kat blog sedara saiful (bukan nama sebenar, tapi nama anak dier) yg blognyer x kurang ramai org menyinggah. setelah dipromot oleh kawan2 blog aku, aku tersedar ler byk info leh kutip kat blog dier neh..

kalu korang ajin p la bace kat post neh .. oleh sbb aku malas, aku C&P jela..xpela, nih kan dikira ilmu..hee.

panjang kit la post kali neh..nak bace bace la..x nak bace x pe, aku x paksa pon..huhu

INTRO


“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.


“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.


Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.



CONTENTS

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:


SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:


:shocked:Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?


:shocked:Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?


:shocked:Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?


:shocked:Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


:shocked:Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

:shocked:Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


:shocked:Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?


SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:


:happychocki:Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?


:happychocki:Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?


:happychocki:Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?


:happychocki:Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?


:happychocki:Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?


:happychocki:Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?


:happychocki:Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?


kalo dah bacer tentu korang paham betapa cinta sebelom kawen x 100% bererti cinta sejati.

Saturday, January 31, 2009

wasiat Rasul Allah



Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."



Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaannescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.


wasiat Allah



aku nak post mender ni dari smalam lai, skang baru sempat...

dah ptg pon, p redup jer kat luar..ujan lebat dari semalam..syukur pada AlLah kerna turunkan ujan stelah lamer bumi ni x dibasahi air...nikmat gak 2..

tido sampai x hingat tadi...p awal gak r bangun sbb manyak lai koje den nak kena settle..

renungan sebagai menghisab diri:

10 wasiat Allah taala kepada Rasul Allah MUhammad S.A.W ....peace be upon him. ni summarize yg aku dah buat tuk korang senang paham .... antaranya :

1. jangan engkau gantung hatimu pada dunia kerana Aku tidak jadikannye untuk mu

2. jadikan cintamu kepada Ku kerna tempat kembalimu adalah pada Ku


3. bersungguh2 lah engkau mencari syurga


4. putuskan harapan dari makhluk kerana tiada kuasa di tangan mereka


5. rajinlah solat tahajud kerana pertolongan i2 bersama Qiamullail



ni di wasiatkan dari Allah pada RasulNya ketika malam diisrakkan sampai ke langit. sabda rasulullah S.A.W ( dipetik dari website: tazkirah)

Friday, January 30, 2009

Renungan bersama

sajak ni, aku dgr dalam Ikim..dah byk kali dgr, amati btul2 baru trase yg stiap bait 2 got the very meaningful advice tuk kiter sbagai hamba Allah...kenal akan hakikat lahir, hidup dan mati....

pada korang yg x suker sgt bacer sajak, plz read louder n buat2 la suara cam korang bacer sajak time skolah2 lu...x pon baca buat suara org indon, cam dian sastro ker, shaper ker...

aku x sempat nak record seme, coz tep kali dgr, si pembacer 2 dah dok tgh2, so pe yg sempat setelah 3 kali record.. cam kek bawah nie...samer2 ler kiter renungkan & kenali saper diri ini

.........................................,
.........................................,
Menyahut Seru,
menerima panggilan,
sujud pada kebesaran,
lahir, hidup dan mati,
adalah lagu2 nisbi dalam edaran,

bersama kelahiran,
bersama kehidupan,
bersama kematian,
dan manusia kehilangan,
kerana demikianlah,

Satu ketibaan yang menggemparkan,
yang membimbangkan,
yang menggembirakan,
pun jua dalam kematian,
manusia punya berupa2 paling ketara,

kematian adalah milik kejadian,
adalah milik kewujudan,
yang tak punya masa terpisah,
dan ruang terluang,
yang saat ke saat,
paling hampir dan berakhir,

kematian adalah kemestian,
adalah milik kejadian,
bila sampai waktunya,
yang tak akan terungkapkan,
bahawa baru tadi aku mati,

tidak usah ditangisi,
aku hidup kini,
mahu sujud kini,
mahu sujud kini,
mahu sujud pada Ilahi,

pun jua kematian adalah hakikat kejadian,
kerana demikianlah,
waktu-waktunya kedengaran,
hari-hari yang begitu berlalu.

sajak : A.Aziz Deraman ( 25 Jun 1978)