Friday, March 6, 2009

sTory MorRy


ni bukan citer aku p kakek aku..btol ker kakek..x reti aku cakap bahasa indonesia ( pembetulan dari pria n mie)

aku nyer abang ipar.. der 2 tragedi yg kebanyakan org penah mengalaminyer...tapi tidak aku... aku juz penah menghala ker gents tapi xder la masok...tebal kejap jerk muka ... xder la sampai nak jadik seperti tenggiling yg menggilingkan badannyer menjadik sebijik bola...


KEJADIAN 1 _ HATI2 NGAN PANDANGAN PELIK MANUSIA


Aku nak cerita tentang pandangan manusia kat aku pada suatu hari pada minggu nie. Aku ingat la satu hari tu aku gelabah sangat nak pi kerja. Baru aku nak pi kerja, anak pompuan aku bangun dari tidur. Maka aku pun dukung jap sementara aku sempat. Jadi, setelah gelabah sangat aku pun bertolak pi keja nak kejar masa mesin punch card aku tue.

Dengan cepat ibarat poslaju mengejar destinasi posnya aku pun sampai ke pejabat. Aku pun segerakan diri punch card tanpa melihat pandangan manusia dalam pejabat tue yang hairan tapi malu dengan aku. Aku pun hairan la, kenapa la orang ramai dalam pejabat aku tue melihat aku dengan penuh takjub dan taksub umpama ulamak menghafal kitabnya diwaktu malam dingin ditemani lilin bacaan…

Aku pun hairan sendiri tapi buat selamber je la. Aku ke tandas dan melihat keadaan diri aku disana macam mekanik kereta yang mencari kerosakan kereta di bengkel Pak Salleh depan umah aku tue. Aku pun imbas kembali perjalanan aku ke pejabat tadi.

Di traffic light, aku perasan sorang minah rempit bermotor skuter tengok2 aku tadi. Dia pun malu2 dengan aku.. Pastue, dalam lif nak ke mesin punch card ada la sorang staff nie tengok aku pelik seperti kambing yang hairan dengan janggut di dagunya tapi tidak di kepalanya. Abis tue, orang ramai di ofis pun tengok aku pelik bercampur baur hairan bin ajaib tahap api syurga meragut lalang.

Maka aku pun memandang baju aku, elok ja takdak pulak aku terlupa butang. Aku pun tengok seluar panjang aku tue, warnanya masih elok, terang biru gelapnya macam aura biru nila. Tetiba aku perasan sesuatu yang agak menganggu perasaan ku yang gundah gulana nie. Rupa-rupanya, ZIP seluar aku tak berzip langsung daripada rumah aku hingga ke pejabat aku. Tak dapat aku bayangkan betapa TEBALNYA muka aku menahan MALU setelah dimalukan zip seluar aku sendiri. Apa lagi, dengan pantas posekspresnya aku menzipkan seluar.

Kini baru aku sedar yang pandangan orang ramai amat bermakna dan bermaksud macam dalam Kamus Dewan itu. Sekarang ZIP aku sudah insaf, ia telah sedar akan kesilapannya memalukan aku. Aku pun meredhainya kerana aku adalah tenaga penggerak utama dalam kejadian tersebut. KUIKUIKUI… aku mengelakkan diriku yang gagal dalam pengurusan kendiri yang lebih rapi ketika bekerja…


KEJADIAN 2 _ CITER SAKIT PERUT C MEGAT


Baru2 nie aku dapat interview kat KL dgn satu agensi kerajaan. Tapi cerita ni terjadi semasa sebelum aku sampai untuk interview tu. Bas ekspres yang aku naiki tu sampai KL area pukul 6 pagi, so aku pun buat keputusan nak naik putra-LRT untuk singgah rumah kakak ipar aku di gombak. Selepas aku sampai kat terminal putra gombak, perut aku memulas yang teramat sangat. Maka aku pun bergegas nak ke tandas. Lalu aku pun cari tandas dan nampak sign board menunjukkan tandas pompuan sebelah kiri, tandas laki2 sebelah kanan. Aku pun masuk la pintu tandas sebelah kanan seperti yang ditunjuk oleh sign board tadi.

Aku pun memerut la isi2 yang nak aku keluarkan tu.. tengah baik layan, tetiba aku terpandang satu kotak biru muda plastik bertudung plastik warna biru gelap di penjuru pintu tandas yang tertera tulisan SANITACT.. Apa lagi, terkejut la aku.. kotak tu untuk buangan tuala wanita yang telah dipakai.. Aku salah masuk tandas la nampaknya.. Isi2 yang aku nak keluarkan sangat tu dah tak jadi keluar.. Otak ligat memikirkan jalan keluar tandas pompuan tersebut..

Lalu aku segera memakai semula pakaian aku, dan mengintip celah pintu tandas kalu2 ada pompuan dalam tandas tersebut.. Nasib aku baik ada seorang pompuan tu masuk tandas lalu terus ke bahagian memerut berpintu tu lah.. Apa lagi, aku pun segerakan diri keluar daripada tandas tersebut.. Selepas tu baru aku tahu yang tandas laki2 tu ada disebelah kanan tangga escalator, manakala pintu kiri yang aku sangkakan tandas pompuan tu sebenarnya bilik cleaner.. Nasib aku baik jugak sebab kejadian tu berlaku waktu pagi, kalu waktu sibuk, aku rasa aku dah malu tahap tenggiling menggulungkan badannya menjadi sebiji bola..


dipetik dan disedut dari muhizam's blog...

10 comments:

  1. aku pun ada entri terbuka zip... sadis gak ler... kalau ko tgk citer lama PENGALAMAN BURUK kot tajuknya ko jumpalah

    ReplyDelete
  2. ni la sebab gue xske seluar da zip...
    lece btul...
    heheeheeee

    ReplyDelete
  3. hehe,aku baru jerk bangun nie..nak ngadap koje lai nih...o der plak monkey komen...muahaha ..nant sayer jejak ler citer pengalaman buruk cik monkey plak psni ...

    ReplyDelete
  4. mie,abih 2 cik mie pakai seluar xderk zip...o laki pakai suar xderk zip ensem ker?? boleh ker aku tanyer lagu tuh..x sensitip ker soklan aku tuh

    ReplyDelete
  5. lor...
    skrg kan de sluar xde zip..
    ganti butang....
    tu la...
    xikut peredaran zaman....
    hahahahaaaaa..

    ReplyDelete
  6. iyer iyer pak cik ensem ..pak cik ensem..

    untuk pengetahuan pak cik sayer pon der banyak seluar xderk zip termasok seluar tido sayer..begiteww saya diibaratkan sebagai x ikot peradaran zaman??

    soklan tuh..kalu pak cik masok lagih sila jawab..huhu

    ReplyDelete
  7. huhu... aku dulu ska pakai suar longgar sebab selesa... nak jadi cita, sebab longgar sangat ( x yah a pikir londeh, x dak a sampai tahap tu) dan hobi aku seluk poket time jalan, terdedahlah kaler2 yang x patut di nampak..

    patutla satu shopin complex tengok aku dengan pandangan menghina.. (errr?)

    moral of the story,
    pakai suar ikut saiz yg betul..

    ReplyDelete
  8. haha cik lilac.. lawak tol .. der plak pakai seluar londeh p soping .. kalu ter ..kang saper susah.. huhu p time kocik2 x perk kot ..no offense

    ReplyDelete
  9. pikiaq balik mang malu.. haha tapi kan at least x sengaja.. pakai suar besaq sebab tamau ketat2.
    ala zaman jahiliah tu.. hihihi

    ReplyDelete
  10. hahakks ...zaman jahiliah !!! pakai seluar besaq la ok darik pakai seluar ketat2..huhu

    ReplyDelete