skip to main |
skip to sidebar
ujian ALLAH tanda cinta, merendahlah!
i'd like to dedicate this n3 to my loving fren who's really disappointed wif what hav been tested against her. this is requested by her in order to regain her faith and strength. dear my fren, hope u can digest this long script and get back ur truly wisdom. tgh dok Ym ngan dier, die mintak aku bagi nasehat via my blog, here is an attempt and a very pleasure to help her out. nih aku sedut dari blog neh, atas pengalaman owner blog la kot. Kata orang, kegagalan tu bukan pengakhiran hidup. It is not how you fail, but how you bounce back..itu yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang terus kecewa. Betul, rasa kecewa selepas gagal itu pedih. Tambah-tambah pulak, kalau kita tak dapat sesuatu benda yang kita terlalu nak. Tak salah bersedih. Setiap manusia memang ada perasaan untuk bersedih. Tapi janganlah sampai kesedihan itu menguasai diri. Hanya kita yang boleh menentukan lama mana kesedihan itu berpanjangan. Dalam mana luka itu nak menghiris hati. Itu semua kita yang tentukan. Ada orang yang terus meratapi nasib selepas kegagalan. Menyalahkan takdir. Putus asa, rasa sudah hilang segala-galanya.Menyalahkan takdir, samalah juga dengan menyalahkan sang Pencipta. Masakan Dia tidak tahu betapa remuknya hati kamu, betapa deritanya hidup kamu. Tapi apsal Dia bagi jugak semua kegagalan tu? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Boleh jadi Dia tahu kamu akan jadi seorang yang sombong andai ditakdirkan perniagaan kamu berjaya. Boleh jadi Dia tahu kamu tak akan bahagia andai terus bersama dengan si dia. Boleh jadi jugak, Dia nak menyedarkan kamu setelah kamu dah lama melupakan Dia. Dia warning tu...cepat-cepat laa kembali ke pangkal jalan. Sebab Dia masih sayang kamu. Dia boleh bagi kamu segala kejayaan yang kamu hajati, kekayaan yang melimpah ruah. Tapi jauh dari rahmat-Nya. Itu yang kamu mahu?Aku baru hidup atas dunia ni dalam 24 tahun. Masih muda. Baru nak kenal dunia orang kata. Berdiri atas kaki sendiri. Perah keringat sendiri buat merencanakan sebuah kehidupan. Dan aku pernah beberapa kali gagal. Pelajaran? Perniagaan? Percintaan? Semua aku pernah rasa. Memang aku sedih. Tapi cuba tengok sekeliling. Ramai yang lagi teruk. Aku gagal dalam pelajaran. Sekurang-kurang nya aku merasa gak masuk universiti. Aku gagal dalam perniagaan, sekurang-kurangnya takde laa sampai muflis. Aku gagal dalam percintaan, sekurang-kurangnya aku tak hisap dadah. Bodoh betul orang yang bunuh diri, hisap dadah pasal frust bercinta. Macam dah takde orang lain je dalam dunia ni. Pengalaman-pengalaman orang sekeliling inilah yang aku kutip jadikan panduan. Dan aku syukur. Nasib aku kira ok lagi laa...Hikmah kegagalan ni, kita tak nampak dalam masa 2-3 hari. Ambik masa, beb..Cuba duduk, fikir elok-elok. Sebab apa gagal. Lama-lama, bila dah tiba masa yang sesuai, akal kita dah cukup matang, kita akan nampak kenapa kita gagal. Aku nak berkongsi sedikit kisah aku. Aku bersekolah nun jauh di utara tanah air. Sekolah asrama penuh. Glamer laa kiranya sekolah ni. Tapi bila berjauhan dari keluarga ni, paham-paham jelah. Lalai laa sikit. Ayah aku pernah datang 2 kali je sepanjang 5 tahun aku dok kat asrama. Masa hantar aku daftar masuk Tingkatan 1 dan masa SPM. Jadi sepanjang 5 tahun tu, pandai-pandai aku lah nak balik camne, uruskan hidup aku apa semua. Jadi, aku sedikit lalai. Abaikan pelajaran. Nak-nak pulak tengah remaja. Darah tengah panas. Tengah nak mencuba segala-galanya. Lebih percayakan rakan dari keluarga. Aku akui hubungan dengan keluarga agak renggang. Balik pun 3-4 bulan sekali. Yelah, kampung jauh kat Terengganu. Letak beg, terus keluar cari kawan dulu ape-ape hal pun. Sampailah keluar result SPM. Teruk...Result yang tak sepatutnya aku dapat untuk seorang pelajar sebuah sekolah asrama penuh yang elit. Masa mak aku tengok result aku, masa tu lah aku sedar, aku dah hancurkan harapan seorang ibu. Dia tak menangis. Tapi dari riak wajah dia masa tu, dah cukup menggambarkan segalanya. Wajah yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan. Dia tak cakap apa. Marah tidak, menangis pun tidak."Takpelah..dah takde rezeki," tu je dia cakap.Tapi aku rasa sangat terpukul. Rasa bersalah yang amat sangat. Betapa 'derhaka' nya aku pada masa tu aku rasa. Aku tak sanggup nak tengok muka mak aku."Maaf, mak," tu je. Tu je yang boleh terkeluar dari mulut aku. Speechless.Masa member-member aku daftar masuk matrikulasi, universiti, aku tak dapat mana-mana tawaran. Bayangkan camane rasa hati aku time tu. Kau bekas student sekolah berasrama penuh nih, sekolah elit. Tapi takleh pegi mana-mana. Peh! Memang bera rasa muka nih. Dalam sebulan lepas tu, aku dapat panggilan kedua matrikulasi dan tingkatan 6. Pikir-pikir, ambik matrikulasi. Dan aku berjaya survive. Walaupun tak dapat 4 flat, tapi berjaya jugak laa jejak sampai menara gading.Sekarang dah 7 tahun lepas peristiwa kat atas tu. Baru sekarang aku nampak kenapa aku gagal. Andai kata aku dapat result ok, dapat study over-sea, aku tak rasa hubungan aku dengan keluarga akan serapat macam hari ni. Yup, lepas SPM tu, aku rapat balik dengan keluarga aku. Nasib baik aku sedar awal. Kalau sampai sekarang aku tak sedar lagi, tak tahulah. Semakin hari masa kita dengan orang tua kita makin singkat. Aku tak nak masa aku kucup dahi ayah atau mak aku saat mereka dikafankan, masa tu baru datang rasa menyesal. Baiklah aku menyesal sekarang.Jadi, jangan lah takut untuk gagal. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di seberang sana. Usaha je dulu. Kalau itu rezeki kita, dapatlah. Kalau tak, sekurang-kurangnya kita dah mencuba kan?Dari sudut hikmah . Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadiorang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”akhir kalam, sedikit kata2 perangsang :remember that the failure is not the end of the world. trusting God wont make the mountain smaller but it will make climbing easier. last but x least, past is xperience,present is experiment. future is expectation. use ur xperience in ur experiments to get ur xpectation.
salam...
ReplyDeletemmg ujian itu menunjukkan Allah syg pd hambanya..
[adakah kamu dibenarkan mengatakan yang kamu telah beriman sedangkan kamu tidak di uji?]
apabila di uji dan kita mengatasi dan mengurusi ujian kita tu melalui landasanNya maka barulah kita boleh berjaya ...
[Allah tidak akan memberati hambanya melainkan berdasar kemampuan hambanya itu]
Kita kena sentiasa think postivie utk berjaya :)
http://www.hydir.com
hmm.. =) penuh motivasi. semangat pas bace entry ni. =D
ReplyDeleteincik ir. tuh kene highlight la, hee..
ReplyDeletewassalam, timeseh sambong menyokong n3 neh..
ALLAH xkan uji pada yg lemah. oleh kerana kite kuat, barulah diuji. tapi ujian ni babitkan iman jugak la. samada tambah @ kurang. hmph kite yg tentu. ALLAH maha tahu.
ije can! hee yeker .. bagus2 .. truskan semangat itew..
ReplyDeletesahabatku kamu patot sykur ramai yg di luar sana alami masalah yg lebey truk..tapi manusia lemah biasa menilai d sudut mata kasar ajerk. hmph untuk aku pk kan bersama.
waaaaaaaaaaahh
ReplyDeleterenung2kan dan selamat beramal
ehehe
:)
tihi... fiera can,
ReplyDeletecam dr saper nama ntah..
fuh. menyentuh hati la entri nih.
ReplyDeletebetul.. kita kena yakin dengan perancangan Dia. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
http://aloneinhome.com
hi alone,
ReplyDeletebgus tuk seme. kene ingat kiter kat dunia bukannyer lama maner pon.. hanye dgn ujian yg sedikit kiter dah melatah sedangkan di alam barzakh, alam akhirat lagi dahsyat..
MAsyaALLAH sama2 menginsafi
bagus kamu berfikiran positif
ReplyDeletehaha kamu pon..berfikir secara kritis dan kretip dan rasional...huhu
ReplyDelete