Thursday, May 19, 2011

MLM vs pyramid!


you reap what you sow!

tamak ke aku, da dapat keje, at the meantime study, tetiba expose to business pulak. apa2 hal nak aku ceritakan kat sini, hidup ni indah kalau kita diberi peluang dan berani sahut cabaran. yang penting buang sikap malas, takut rugi, takut gagal.

kalu ada duit lebih aku nak spend on wearing braces, kalau diizin Dia la. yuran semester tuk budak yang x ditaja cam aku nih, mana nak cekau kalau x ber'uang'. apa2 pun kene carik "pitih".

lepas exam last paper aku tetiba terpukau dek peluang bisnes yang dioffer sorang kakak neh. aku mula pikirkan strategi macamana nak dapat side income. sebelum ni pon ak amik upah pricing for tender. dapat upah rm80 satu projek.

cikai je tuh. tapi penat, balik keje, kalu penat aku tido lu, then sblom subuh bangun.

bisnes MLM. sape xtaw MLM. ade orang kata mende neh salah di sisi agama sbb aniaya orang bawah la, macam2 la aku dgr, macamana pulak ngan sistem pyramid.

kes AC mizal, gege orang nyebot pasal testimoni palsu, tipu duit orang, tapi perlu ingat sistem bisnes yang dia buat perlu modal besar. kalau yang dah invest tu rugi memang dorang kene tanggung la. dare to fail what! nama lagi bisnes.

bisnes MLM ak buat ni x perlu modal, nak jadi ahli cuma perlu beli satu produk dengan harga ahli, otomatik jadik ahli. satu hal lagi, sistem neh jual barang kesihatan kecantikan yang terbukti mujarab sebab pakai bahan asli cam madu, gamat, herba, collagen, n banyak lagi nama2 saintifik yang aku x study lagi.

lepas tu sistem bisnes ni sangat la tidak menindas orang bawah. x perlu modal. ko jual barang ko dapat hasilnya. upline and downline kalu usaha berjaya. kalau kata upline malas jual barang maka x dapat la hasil pendapatan, downline rajin, die la yang kaya. xde hal,upline dok goyang kaki tetiba hasil ribu2 sbb hasil titik peluh downline die.

fit and just. sbb tu ak join. xde istilah rugi, gulung tika bagai. jadi ak mulakan misi distribute fliers kat booth d tesco yang diwakili sepupu abg ipar ak yg memang meniaga kat tesco nun. pastu sayap ak diperluas dengan bagi kat kawan2 yang keje kat company besar2. cth Muhibbah corp. ada corp ke kat blkg, haha kesahihan x kuketahui.

seterusnya, bagi kat cikgu2 sekolah diwakili kakak n makcik ak yang sememang profesionnya guru. selamat hari guru tuk mereka2!

lagi aku soh kakak aku yang memang buat bisnes dan dia memang da nampak jalan bisnes ni dari arwah ayah lagi. sejak arwah ayah pergi, die sorang yang aku rasa sangat berpotensi besar (for the time being) berbisnes. dulu pon ayah penah tanya perkembangan bisnes die. ayoh suko la tuh cik noor. sorang anak die leh ikot jejak die. soghe pon jadi laaaa

sampai sekarang dari mula ak join 11hb may baru ada 2 orang customer call. usaha nak kene gigih lagi.

pernah diketika lampau, aku mengetuk pintu di asrama pompuan sahaja (ak bukan la mak cik karipap) untuk menjual tempeyek mak aku dan pernah jugak sorang budak cantik muka licin, putih melepak menolak dengan lembut jualan aku dengan berkata "sori, takut naik jerawat". seingat aku waktu tu muka aku dah mula berjerawat. aku x kisah pun, aku berlalu dan terus mengetuk pintu2 lain. akhirnya abis sekotak Cosway aku jual tempeyek mak aku. duit tu aku guna bayar tiket balik raya.

aku jugak pernah ada kenangan manis jual tempeyek versi baru mak ayah aku yang bersaiz kecik kat ofis dan ofis2 branch during puasa tahun lepas. dan bangga dapat jual banyak dengan izin Allah.

disitu baru aku dapat rasa kemanisan berniaga. walaupun produk ni x segah nama2 top rating seperti Amway, Herbalife atau monavie, aku nampak peluang melalui rangkaian produk2 kesihatan ni. selamat maju jaya pada semua yang bersama aku. baik pembeli mahupun penjual.

ganbate ne!

No comments:

Post a Comment